Day-trip to Ulu Bendol 12th Feb 06
Kami sekeluarga pergi meninjau kawasan perkelahan ulu bendul yang berada di kawasan kuala pilah(?). Jarak perjalanan lebih kurang setengah jam dari kajang, exit melalui tol senawang. Cari jalan persekutuan ke kuala pilah, kawasan perkelahan ini adalah sejurus selepas melalui jalan bengkang bengkok di bukit putus. Kawasan perkelahan ini amat selesa dengan kolam buatan manusia yang membolehkan pengunjung berenang-renang. Kedalaman kolam berbeza-beza antara ?-4kaki(?). Bangunan kuning di belakang gambar adalah surau bagi kawasan perkelahan ini.
Ada sebuah titi yang menghubungkan kawasan parking dengan kawasan perkelahan tersebut, dan gambar ini menunjukkan beberapa pengunjung yang mengambil angin di atasnya. Di tebing sebelah kiri titi tersebut, kedapatan pusat kraftangan dan juga medan selera bagi kemudahan para pengunjung
Gambar di sebelah kanan ini di ambil daripada atas titi. Caj masuk adalah rm2 seorang (murah le)
Kawasan perkelahan ini juga menyediakan kolam untuk anak-anak siap dengan gelongsor. Secara keseluruhannya, Ulu Bendul menjanjikan tempat yang selesa, nyaman dengan harga berpatutan!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home