KEMBARA ALHADI

Sunday, February 12, 2006

Day-trip to Ulu Bendol 12th Feb 06




Kami sekeluarga pergi meninjau kawasan perkelahan ulu bendul yang berada di kawasan kuala pilah(?). Jarak perjalanan lebih kurang setengah jam dari kajang, exit melalui tol senawang. Cari jalan persekutuan ke kuala pilah, kawasan perkelahan ini adalah sejurus selepas melalui jalan bengkang bengkok di bukit putus. Kawasan perkelahan ini amat selesa dengan kolam buatan manusia yang membolehkan pengunjung berenang-renang. Kedalaman kolam berbeza-beza antara ?-4kaki(?). Bangunan kuning di belakang gambar adalah surau bagi kawasan perkelahan ini.



Ada sebuah titi yang menghubungkan kawasan parking dengan kawasan perkelahan tersebut, dan gambar ini menunjukkan beberapa pengunjung yang mengambil angin di atasnya. Di tebing sebelah kiri titi tersebut, kedapatan pusat kraftangan dan juga medan selera bagi kemudahan para pengunjung








Gambar di sebelah kanan ini di ambil daripada atas titi. Caj masuk adalah rm2 seorang (murah le)







Kawasan perkelahan ini juga menyediakan kolam untuk anak-anak siap dengan gelongsor. Secara keseluruhannya, Ulu Bendul menjanjikan tempat yang selesa, nyaman dengan harga berpatutan!

Friday, February 03, 2006

A Famosa Malacca Holiday

Pada Februari 3-5 (Jumaat-Ahad), 2006, keluarga saya, atah, atam & mak telah pergi bercuti ke melaka bandaraya bersejarah. Kami menginap di A famosa bungalow lot pada harga yang berpatutan, RM1,576 utk 3h 2m bungalow 4bilik siap dengan kolam renang (hati2 sebab ulat bulu dari pokok kadang jatuh dalam pool, ha ha)

Strolling in Taman Rama-rama


Jumaat, 3hb feb - bertolak ke Melaka lebih kurang pukul 9pagi dan sampai ke taman rama-rama betul2 ke kiri lepas exit tol air kroh. Aku & famili aje di sini sebab mak, atam, atah & their families terlajak, habis tu dia org terus pergi taman mini asean (dulu panggil tmn mini malaysia) je

Kat luar kawasan taman rama-rama ada macam-macam binatang juga yang boleh pegang-pegang macam monyet, burung kakak tua dan termasuk ular ni... Ina, mati hidup balik tak mahu pegang. Tapi aku selamba aje, biasala fear factor champion. Biasa je beb, memang nampak yucky & slimy tapi bila dah pegang tu macam pegang water hose je, chewah...Yang ini memang manja sangat dengan pengunjung-pengunjung yang datang, siap boleh peluk-peluk lagi - dan, nama dia... comel!!

About 12thari, kami berjumpa di Tmn Mini Asean. Dia orang (Atam, Atah, Mak & gang) je masuk, kami tunggu kat luar sebab letih kat taman rama2, tak larat masuk sebab panas terik.

Lepas di Taman Asean, aku, rahman, muaz & lotfi pi solat jumaat -- atam kira musafir -- lepas solat jumaat, kami meet up kat jusco, dan terus bertolak ke afamosa utk check-in

Pada hari jumaat, mlm sabtunye, kita pergi makan ke umbai, di medan ikan bakar. Kira ok gak makanan nye. The only slack, jauh sikit dari a famosa, about 2hrs to reach umbai. Sapa gastrik kena re-think. Ina ngomel semacam je.... ha, ha... mak pun rasanya protes dalam diam, uhuk, uhuk... takpa...

Umbai memang jauh sikit sebab across melaka, lihat peta di sebelah ni for an idea of where umbai is. Itupun aku letak bawah merlimau tapi sebenarnya bawah sikit lagi. Memang agak jauh kalu sekadar nak pergi makan, alkisahnya. Tapi makanan nya ok le, berbaloi la jugak dan tidak la mahal sangat. Untuk 14 orang makan, lebih kurang RM150....

Hari Sabtu 4 februari - Hari ini kami ronda-ronda dalam afamosa, selepas breakfast di restoran dalam resort which is in the package, kami pun toss coin nak pegi water world ke atau ke animal safari world. Dah puas bergaduh, bertumbuk bagai, we all bersetuju ke safari world. Harga punya ceritalah. Sebab ke Safri world rm35 sorang dan banyak show boleh tengok, ada bird show, elephant show, wild wild west, safari ride, all in one go.... Aida mengamuk gak sebab dia kan keturunan duyung tapi finally ok.... what changed her mind later, we will soon find out....

We stumbled over these magnificent creatures during our safari rides. Our ride is basically make-shift trucks - not that comfortable - but again, not that bad - kira bolehlah...














Keistimewaan animal safari world adalah kerana pengunjungnya boleh bermesra-mesra dengan binatang-binatang secara dekat. Boleh pegang-pegang. Dan, utk bayaran lebih kurang rm5 seorang setiap kali, boleh menunggang gajah, unta, kuda dsbnya

Buat Briyani Kambing ni sedap jugak ye, Muaz

Sapa lagi Handsome?

Sementara menunggu Wild Wild west Show at about 3pm, kita orang pegi naik feri kecil ke monkey island tapi sayang, monkey tak ada sangat..

(Nota Kaki: Tengok apa Kakyong tengah buat tu...)

Masa ni semua dah letih sebab cuaca sangat panas. The only slack dalam Animal Safari world ni sebab makan dia takada choice sangat dan a bit pricey - Nak makan keluar pun tak boleh - Nak bawak makanan pun tak boleh.

The wild wild west show is magnificent. Membuatkan penat menunggu & panas tadi jadi berbaloi. Complete dengan cowboys, red indians, pyrotechnics, stunts, explosions. Best, Best, Memang best. Cuma dengar kabarnye, show ni hanya available hari sabtu. Jadi kalau nak datang hari lain, kena check dulu.

Atam dengan bangga nya mengangkat tangan, tak sabar-sabar menunggu show bermula...

(Nota kaki: Tengok apa Kakyong buat tu.. hmm, hmm.... asyik sms je... Wakenabeb)

Seronok aida dan lotfi bergambar dengan koboi-koboi tempatan. Satu lagi testimoni bahawa, malaysia(melayu) boleh. Koboi-koboi ni dah comot-comot dengan darah akibat aksi tembak menembak. Aida siap tanya, "Darah betul ke, Pa?"

So, Aida pun senang hati dan tidak marah-marah lagi kerana tak pergi water world. Maybe next time, Kakteh, OK?

Finally, during the last night we had an assam pedas dinner kat malacca town and then had a spin on the famous beca around malacca old town. Letih juga mencari restorannya, sesat di jonker walk ala amazing race. Tapi the verdict... sedap lagi restoran assam pedas kat kemunting. Sori la Jugek, you had recommended your best but the jury had decided.

Begitulah berakhirnya percutian bani dato khalid ni di melaka... Hari ahad last day, kita orang semua lepak-lepak je kat swimming pool sampai tengahari. Lepas tu kita orang balik lah ke sarang masing-masing....

Kalau roboh kota melaka

Papan di Jawa saya dirikan

Kalau sungguh bagai dikata

Badan & nyawa jadi taruhan